Laporan Piket NUBE KLSP di Hadapan Maybank, River City, Jln. Ipoh, KL!
Semalam, cawangan NUBE KLSP telah mengadakan piket yang penuh semangat di hadapan Maybank, River City, Jln. Ipoh, Kuala Lumpur dari 6pm hingga 7pm. Ahli-ahli kami berkumpul dengan tekad untuk menghantar mesej yang jelas kepada pihak pengurusan bank: suara pekerja tidak akan dibisukan!
Mengapa kami berani piket? Kerana kami enggan berdiam diri apabila Maybank terus dengan taktik anti-kesatuan dan layanan buruk terhadap pekerja! Maybank gagal melindungi hak pekerja, malah lebih buruk lagi, mereka terus mengabaikan aduan sah daripada pekerja yang telah dianiaya. NUBE tidak akan berhenti berjuang sehingga keadilan ditegakkan!
Solidariti adalah kekuatan kita! Bersama-sama, kita akan pastikan semua pekerja dilayan dengan adil dan penuh hormat. Satu untuk semua, semua untuk satu!
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong perjuangan ini. Perjuangan kita masih belum berakhir, dan kita akan terus berjuang hingga ke penghujungnya!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now