Pengumuman Piket untuk Esok, Jumaat 30 Ogos 2024!
Kepada semua pekerja bank, marilah kita bersatu dalam solidariti untuk hak-hak kita! Esok, kami akan meneruskan piket di beberapa lokasi penting untuk menuntut keadilan dan menentang penindasan yang terus dilakukan oleh CEO dan pengurusan atasan bank.
Kenapa kita berpiket? Kerana mereka yang sepatutnya melindungi kita, gagal berbuat demikian. Mereka lebih mementingkan keuntungan daripada keadilan, dan ini tidak boleh diterima!
Piket ini bukan sekadar perlawanan untuk seorang, tetapi untuk semua pekerja bank yang berhak dilayan dengan hormat dan adil. Mari bersama-sama, tunjukkan kuasa kita, dan pastikan suara kita didengar!
Butiran Piket: 5:30pm - 6:30pm
1. PRK: Maybank Jln Sultan Idris Shah, Ipoh
2. PKP: Maybank, Seberang Jaya, Penang
3. SMJ: Maybank, Jln Rahmat, Batu Pahat
4. KLSP: Maybank, Menara DBKL 2, Jln Raja Laut, KL
Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama dalam perjuangan ini. Kita bersatu, kita kuat!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now