Laporan Piket NUBE SMJ
Semalam, Khamis, 29 Ogos 2024, dari jam 6 petang hingga 7 petang, NUBE SMJ mengadakan piket di hadapan Maybank, Jalan Meranti Merah, Johor Bahru!
Kenapa Kita Piket?
Piket ini diadakan kerana keengganan Maybank untuk mengatasi isu-isu keadilan di tempat kerja! Dari salah urus kes gangguan seksual hingga kegagalan menjaga hak-hak pekerja, pengurusan tertinggi, termasuk CEO, masih membisu! Ini tidak boleh diterima!
Bersolidariti untuk Keadilan!
Di JB, ahli NUBE berkumpul dengan semangat perjuangan yang tinggi, menuntut tindakan segera terhadap pelaku dan memastikan tempat kerja yang adil dan selamat untuk semua pekerja! Kita tidak akan diam sehingga keadilan tercapai!
Teruskan perjuangan dan pastikan suara kita didengar! Keadilan untuk pekerja, sekarang!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now