NUBE KLSP Berpiket di Menara DBKL 2!
Semalam, pada 30 Ogos dari 5:30 PM hingga 6:30 PM, ahli NUBE KLSP berhimpun di hadapan Maybank Menara DBKL 2, Jln Raja Laut, KL!
Mengapa Kita Berpiket?
Maybank kini tidak ubah seperti penjajah moden yang menindas pekerja-pekerjanya! Mereka telah gagal berulang kali untuk melindungi hak dan maruah pekerja mereka, terutamanya dalam kes gangguan seksual yang menjijikkan di cawangan mereka.
Cukup Sudah! Maybank mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka yang memusnahkan integriti dan maruah pekerja-pekerja mereka! Kita tidak akan berdiam diri sementara rakan-rakan kita terus ditindas!
Solidariti Adalah Kekuatan Kita! Terima kasih kepada semua ahli NUBE yang hadir dan terus bersuara menentang ketidakadilan. Bersama-sama, kita mampu membuat perubahan!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now