Laporan Piket NUBE SMJ di Jln Hang Tuah, Melaka!
Semalam, Rabu 4 September, ahli NUBE SMJ turun ke jalan di hadapan Maybank, Jln Hang Tuah, Melaka, dari 6pm hingga 7pm, dengan semangat yang berkobar-kobar! Kami berkumpul untuk mempertahankan hak pekerja yang terus diabaikan oleh Maybank.
Kenapa Kita Berpiket?
1. Keengganan Maybank Melindungi Pekerja: Pelbagai aduan tentang amalan tidak adil dan gangguan seksual diabaikan, sedangkan pelaku dilindungi. Ini adalah satu pengkhianatan terhadap pekerja kita yang sepatutnya dilindungi!
2. Percubaan Memecahkan Kesatuan: Maybank terus berusaha untuk melemahkan kesatuan dengan taktik pemecahan yang licik, menghalang pekerja daripada bersatu menuntut hak mereka.
3. Tekanan dan Beban Kerja: Pekerja terus dibebani dengan tugas yang berlebihan tanpa pampasan yang adil. Maybank seolah-olah menganggap pekerja sebagai alat, bukan manusia!
Solidariti yang Kukuh: Piket semalam menunjukkan bahawa kita tidak akan berdiam diri! Kami akan terus berjuang sehingga hak dan maruah pekerja dihormati. Terima kasih kepada semua yang hadir!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now