Tiada Rundingan, Tiada Penghujung Piket!
"Sudah 6 minggu kita berpiket, tetapi pihak bank masih membisu!" – tegas Timbalan Pengerusi NUBE Cawangan KLSP, Mohd Faisal Husin.
"Kami akan terus berpiket sehingga pihak bank bersedia untuk berunding," tegasnya.
Kes gangguan seksual di Maybank Bercham hanyalah satu daripada banyak kisah yang tersembunyi. Bayangkan berapa ramai lagi mangsa yang terpaksa menahan derita dalam diam, dipaksa berundur, dibisukan! Cukup sudah! Penindasan terhadap pekerja perlu dihentikan sekarang!
Piket ini bukan hanya tentang satu individu, ini adalah tentang setiap pekerja di Malaysia yang berhak mendapat keadilan. Kami tidak akan berhenti sehingga suara kita didengari dan keadilan ditegakkan!
Bersama, kita kuat! Bersama, kita melawan penindasan!
#SolidaritiNUBE #LawanPenindasan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerja #Maybank #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now