Kenapa NUBE Terus Berjuang!
Kenapa NUBE Terus Berjuang!
Dalam sejarah negara, kesatuan pekerja memainkan peranan penting dalam memastikan hak dan kebajikan pekerja terpelihara. Namun, dengan sikap Maybank yang terus menindas pekerja, termasuk kes gangguan seksual di Bercham dan diskriminasi kaum di Jelapang, perjuangan ini menjadi semakin mendesak.
Apa yang berlaku bila kesatuan lemah?
Malaysia pernah menyaksikan bagaimana pindaan undang-undang, seperti pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1988, telah menyekat kebebasan kesatuan. Akibatnya, gaji tidak berkembang, pekerja dibiarkan terdedah kepada eksploitasi, dan suara mereka terpadam.
Seperti yang berlaku dalam sektor perladangan, penindasan kesatuan menyebabkan pekerja hilang hak untuk menuntut gaji adil dan faedah yang sepatutnya. Tanpa kuasa kesatuan, pekerja kekal ditindas dan diabaikan.
Hari ini, NUBE tetap teguh menentang Maybank dan bank lain yang cuba memecahbelahkan kesatuan. Taktik ini hanya akan melanjutkan penindasan terhadap pekerja, dan kita tidak akan berundur!
Perjuangan ini tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #CukupSudah #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #EnoughIsEnough
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now