PENGUMUMAN PENTING!
NUBE tidak akan berpiket pada Jumaat, 4 Oktober 2024 kerana akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan (NEC) dan Pegawai Utama (POB) pada 4 dan 5 Oktober ini. Mesyuarat ini amat penting untuk membincangkan perkembangan terkini dan menetapkan strategi untuk langkah seterusnya dalam memperkukuhkan perjuangan kita.
Kami ingin menegaskan bahawa mesyuarat NEC dan POB ini adalah platform utama untuk menyuarakan suara ahli-ahli kesatuan serta membincangkan isu-isu kritikal yang perlu ditangani segera. Setiap keputusan yang diambil akan membawa impak besar terhadap hala tuju kesatuan dalam memperjuangkan keadilan pekerja.
Piket akan disambung semula minggu hadapan dan perjuangan kita TIDAK akan terhenti di sini!
Bersama-sama kita akan terus berjuang sehingga suara kita didengari dan hak kita dihormati!
#WeFightInjustice #SolidaritiNUBE #LawanPenindasan #FightInjustice #KeadilanUntukPekerja #JusticeForWorkers
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now