PENGUMUMAN PENTING: PIKET NUBE KT ESOK!
Kepada semua ahli NUBE KT, kami ingin menjemput anda untuk hadir ke piket yang akan diadakan esok, Khamis, 10 Oktober 2024, di hadapan Maybank, Jln Kebun Sultan, Kota Bharu, dari jam 5:30 petang hingga 6:30 petang!
Mengapa kita berpiket? Kerana bank terus menindas pekerja dengan taktik memecahbelahkan kesatuan dan memperlekehkan hak kita sebagai pekerja! Pihak pengurusan dan CEO memilih untuk menutup mata terhadap pelbagai isu ketidakadilan yang berlaku, dan hanya berdiam diri tanpa mengambil tindakan yang sepatutnya!
Kehadiran anda amat penting untuk menunjukkan kekuatan kesatuan kita. Tanpa sokongan ahli-ahli NUBE, hak kita akan terus dipandang enteng dan dipijak oleh mereka yang berkuasa.
Jangan berdiam diri! Marilah kita bersatu, bangkit, dan tunjukkan kepada mereka bahawa kita tidak akan menyerah!
Bersama kita kuat!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #CukupSudah #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #EnoughIsEnough
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now