Laporan Piket PRK: Maybank, Jln Sultan Idris Shah, Ipoh, 11 Oktober 2024
Semalam, ahli NUBE PRK berkumpul di hadapan Maybank, Ipoh, untuk menentang taktik union-busting yang dirancang oleh 17 CEO bank yang cuba memecah-belahkan perpaduan pekerja dan melemahkan kekuatan NUBE! Para CEO ini telah menggunakan intimidasi dan manipulasi untuk mengabaikan hak-hak pekerja di seluruh sektor perbankan, membuktikan bahawa mereka tidak berminat untuk berunding dengan adil.
Lebih teruk lagi, Maybank juga terus menutup mata terhadap isu diskriminasi kaum dalam kalangan pekerja mereka. Aduan demi aduan telah dibuat, namun tiada tindakan diambil—ini jelas menunjukkan sikap Maybank yang lebih mementingkan perlindungan individu berkuasa daripada menegakkan keadilan dan kesamarataan.
NUBE tidak akan berundur sehingga hak pekerja dihormati dan keadilan ditegakkan!
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #FightInjustice #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #UnionStrong
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now