15 Oct 2024

BERITA NUBE

 

PEGAWAI NUBE KLSP BERTEMU DENGAN WAKIL KESATUAN DI KUANTAN

Isnin, 14 Oktober 2024 - Mesyuarat Zon Pahang yang dianjurkan oleh NUBE KLSP telah diadakan di Kuantan, Pahang bertempat di Bilik Seminar Kosma Business Hotel.

Mesyuarat ini menghimpunkan seramai 29 orang ahli yang mewakili pelbagai cawangan bank di sekitar Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Dalam perbincangan ini, wakil NUBE KLSP, Naib Pengerusi KLSP Bro Faisal & AJK NUBE KLSP Bro Yushamizanmenerangkan tentang isu-isu semasa melibatkan pertikaian antara pihak bank yang diwakili oleh MCBA dan NUBE.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah betapa pentingnya ahli memahami peranan dan fungsi kesatuan dalam memperjuangkan hak-hak mereka sebagai pekerja bank. Mesyuarat ini turut menyentuh taktik sesetengah pihak majikan untuk memanipulasi fakta dan menidakkan hak ahli sebagai pekerja bank.

Majikan tertentu juga menggunakan pelbagai taktik untuk melemahkan sokongan ahli terhadap kesatuan pekerja. Ahli juga diberi pendedahan tentang pentingnya kesedaran terhadap tanggungjawab mereka sebagai ahli kesatuan dalam menangkis cubaan untuk melemahkan kuasa kesatuan.

Mesyuarat bermula pada jam 6 petang dan berakhir pada jam 9 malam dengan kehadiran ahli dari pelbagai bank.

Majlis ini berjaya memberi impak positif kepada ahli yang hadir, berlanjutan sehingga jam 9 malam kerana sambutan hangat dan isu-isu berbangkit yang dibincangkan dengan penuh semangat.

#NUBEzonPahang #HakPekerja #KebersamaanKesatuan #LawanPenindasan #KesatuanPekerja #SolidaritiNUBE #NUBEPahangZone #WorkersRights #UnionSolidarity #FightOppression #WorkersUnion #NUBESolidarity

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my