NUBE Desak Bantuan Sebulan Gaji dalam Belanjawan 2025!
Menjelang Belanjawan 2025, NUBE menuntut agar kerajaan mengarahkan ABM untuk terus menyediakan bantuan perayaan sebanyak sebulan gaji kepada pekerja bank. J. Solomon, Setiausaha Agung NUBE, menyatakan bahawa walaupun bank mencatat keuntungan tinggi pada 2023, bantuan ini telah dinafikan pada 2024.
“Kami terkejut dengan penolakan ini, ia jelas satu bentuk penyalahgunaan kuasa,” katanya. "Lebih menyedihkan, GLC turut mendahului trend ini," tambahnya.
Solomon juga mengkritik ABM kerana enggan mengadakan rundingan yang adil bersama NUBE dan malah merujuk isu tersebut kepada Mahkamah Bahagian Pengurusan. “Seorang CEO yang memperoleh RM52 juta setahun enggan beri bantuan kepada pekerja yang hanya berpendapatan RM3,000,” kata Solomon dengan kesal.
Klik pautan untuk baca artikel penuh dan ketahui lebih lanjut tentang perjuangan NUBE:
#Belanjawan2025 #HakPekerja #WorkersRights #NUBESolidarity #BantuanPerayaan #FestivalAid #FA #BankTakIkhlas
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now