Ceramah Belanjawan 2025: Pandangan untuk Pekerja Bank oleh Dr. Zouhair Rosli
Pada ceramah bertajuk “Decoding the 2025 Budget”, Dr. Zouhair Rosli, Pengarah Sosio-Ekonomi SPCAAM, membincangkan beberapa isu penting dari Belanjawan 2025 yang baru diumumkan, termasuk:
Jurang Pendapatan yang masih melebar, dengan pendapatan golongan atasan kekal tinggi manakala golongan bawahan semakin terpinggir.
Penarikan subsidi yang menyelamatkan kerajaan RM12 bilion tetapi kurang bersasar untuk rakyat berpendapatan rendah.
Gaji minimum yang tidak adil dan kepentingan Dasar Gaji Progresif bagi mengimbangi ekonomi.
Menurut Dr. Zouhair, "Gaji rendah bukan berpunca dari produktiviti pekerja tetapi daripada pembahagian kekayaan ekonomi yang tidak adil." Beliau menegaskan kepentingan reformasi yang benar-benar menyokong rakyat, bukan sekadar retorik.
#Belanjawan2025 #HakPekerja #ReformasiEkonomi #Budget2025 #WorkersRights #EconomicReform #NUBESolidarity #BankingSector
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now