KEADILAN DIPIJAK
NUBE mengecam tindakan Maybank yang menamatkan perkhidmatan mangsa gangguan seksual hanya beberapa hari sebelum Deepavali!
Rosman Jamaluddin, yang dituduh melakukan gangguan seksual, kini menunggu perbicaraan, tetapi mangsa pula yang dihukum. Mangsa digantung kerja sejak Ogos, dan pada 30 Oktober, dia dipecat dengan alasan "ingkar arahan."
"Ini bukan sekadar pemecatan, tetapi tindakan menghukum seorang pekerja yang berani melaporkan gangguan,"kata Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon. Menurutnya, tindakan ini adalah usaha untuk menyembunyikan kelemahan polisi Maybank di bawah pimpinan CEO Khairussaleh Ramli dan Brian Jit.
NUBE melihat pemecatan ini sebagai satu percubaan untuk membungkam mangsa dan melindungi kepentingan pihak pengurusan. Tindakan ini melanggar hak pekerja dan kemanusiaan. Kami tuntut keadilan untuk mangsa!
Baca artikel penuh di sini
#KeadilanUntukMangsa #MaybankGagal #HentikanPenindasan #JusticeForWorkers #EndHarassment #NUBE #MaybankAccountability #SupportTheVictim
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now