NUBE Kecam Maybank Atas Pemecatan Mangsa Gangguan Seksual dan Pengabaian Isu Rasisme!
Menurut laporan Malaysiakini, NUBE menuduh Maybank kerana bertindak tidak adil terhadap mangsa gangguan seksual dan menutup mata terhadap dakwaan rasisme di tempat kerja. Mangsa, seorang kerani, telah melaporkan gangguan seksual sejak 2021 tetapi menghadapi penangguhan dan pengabaian dari pihak pengurusan.
Setelah bertahun-tahun berjuang, mangsa bukan sahaja gagal mendapat perlindungan—dia kini telah dipecat! NUBE menegaskan bahawa pemecatan ini bukanlah kerana “insubordinasi” tetapi hukuman ke atas mangsa kerana berani bersuara.
Lebih mengejutkan, dakwaan rasisme terhadap seorang eksekutif yang didakwa menghina kerani berdasarkan perkauman juga tidak mendapat tindakan yang sewajarnya. Adakah ini cara Maybank menjaga kebajikan pekerja?
NUBE menuntut Maybank segera memulihkan hak mangsa, bertanggungjawab atas tindakannya, dan memastikan tempat kerja yang bebas dari gangguan serta rasisme! Baca artikel penuh di Malaysiakini untuk maklumat lanjut.
Baca Artikel
#KeadilanUntukMangsa #MaybankTerdedah #HentikanRasisme #PerlindunganPekerja #JusticeForTheVictim #MaybankExposed #EndRacism #ProtectYourEmployees #SexualHarassment #MaybankFail #Maybank
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now