Sambutan Perayaan Deepavali NUBE SMJ
Pada hari Ahad, 10 November 2024, satu majlis sambutan perayaan Deepavali secara sederhana telah diadakan di NUBE HOUSE JB, dihadiri seramai 53 orang ahli NUBE dari seluruh cawangan SMJ. Kehadiran istimewa Setiausaha Agung NUBE, Bro J. Solomon memeriahkan lagi sambutan Deepavali kali ini.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Setiausaha Cawangan SMJ, Bro Michael diikuti dengan ucapan penuh makna daripada Bro J. Solomon. Dalam ucapannya, beliau menyentuh erti mendalam Deepavali – bahawa cahaya akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman, dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan. Setiap kata-katanya menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada semua yang hadir.
Menurutnya, Deepavali bukan hanya perayaan, tetapi satu peringatan untuk menghapuskan kejahatan dan kezaliman yang menghalang kebaikan dalam hidup kita – satu nilai asas dalam semua agama.
Di akhir ucapannya, Bro J. Solomon turut merakamkan penghargaan kepada NUBE SMJ yang telah berusaha menjayakan majlis ini dengan penuh semangat dan keikhlasan.
Selamat Deepavali kepada semua yang beragama Hindu. Semoga “cahaya” Deepavali menjadi peringatan untuk kita semua, termasuk para CEO bank, agar sentiasa mengutamakan keadilan dan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
#Deepavali2024 #NUBESMJ #SolidaritiPekerja #KeadilanDanKebaikan #PerayaanDeepavali #CahayaKeArahKebaikan #NUBESolidarity #WorkerSolidarity #JusticeAndKindness #FestivalOfLight #DeepavaliSpirit
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now