14 Nov 2024

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA ZON 2 GEORGETOWN, PENANG - NUBE PKP

Tanam halia kutip keranji,

Mengait pinang di tanah huma,

Ikrar setia berteguh janji,

Susah senang hadap bersama.

13 November 2024, Georgetown - Sdra Abdul Hafiz, AJK Cawangan dan Pegawai NUBE PKP, mengadakan lawatan kerja ke Maybank dan UOB Bank Cawangan Penang Main hari ini.

Matlamat lawatan ini adalah untuk memperkukuh ukhwah dan solidariti antara ahli kesatuan sambil berkongsi perkembangan terkini kesatuan, maklumat, dan memberikan khidmat nasihat kepada ahli yang menghadapi sebarang cabaran.

Ahli-ahli berasa gembira dan berterima kasih atas kehadiran Pegawai NUBE PKP di cawangan mereka. Mereka bersepakat untuk terus teguh bersama NUBE, berjuang demi keadilan dan maruah pekerja.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my