“Hak Anda Bukan Untuk Dipertaruhkan”
Hak pekerja itu penting. Maruah pekerja itu penting. Keselamatan pekerja itu penting.
Tapi bila Maybank memecat mangsa gangguan seksual, mereka menghantar mesej yang jelas: “Hak anda tidak penting. Jika anda bersuara, anda akan dihukum.”
Ini bukan sekadar tentang seorang mangsa. Ini tentang semua pekerja. Ini tentang anda.
1. Setiap pekerja berhak kepada maruah.
2. Setiap pekerja berhak kepada keselamatan.
3. Setiap pekerja berhak kepada keadilan.
Kami di sini untuk menghantar mesej kami sendiri:
1. Kami tak akan diam.
2. Kami tak akan menyerah.
3. Kami akan terus berjuang hingga keadilan ditegakkan!
Hak pekerja bukan untuk diperdagangkan. Bersama, kita pastikan tiada majikan yang berani melangkaui hak pekerjanya.
#KeadilanUntukMangsa #LindungiPekerja #HakPekerjaPenting #SolidaritiSelamanya #MaybankBertanggungjawab #JusticeForTheVictim #ProtectWorkers #WorkersRightsMatter #SolidarityForever #MaybankMustAnswer
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now