NUBE SMJ BERPIKET DI SEREMBAN MENUNTUT KEADILAN!
Seremban, 29 November 2024 – Suara ahli-ahli NUBE SMJ bergema di hadapan Maybank, Jalan Dato Bandar Tunggal semalam. Ratusan ahli kesatuan berhimpun dengan semangat juang yang tinggi untuk menyuarakan ketidakadilan yang terus menindas pekerja bank di seluruh negara.
MENGAPA KITA BERPIKET?
Pemecatan mangsa gangguan seksual di Maybank Bercham – Satu tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap pekerja yang berani bersuara.
Taktik pemecahan kesatuan – Para CEO dari 17 bank terus menggunakan kuasa mereka untuk melemahkan kesatuan pekerja.
Pengabaian prinsip ESG – Maybank gagal mempraktikkan nilai-nilai tadbir urus yang adil dan bertanggungjawab, walaupun ia gah mempromosikannya kepada awam.
SEMANGAT PERPADUAN
Laungan solidariti seperti “Hidup Kesatuan!” dan “Lawan Tetap Lawan!” bergema sepanjang piket, memberi mesej tegas kepada bank: Kezaliman tidak akan diterima! Ahli-ahli kesatuan bersama-sama menunjukkan kekuatan kolektif, dengan sokongan orang ramai yang turut berhenti memberikan kata-kata semangat.
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #CukupSudah #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #EnoughIsEnough #Maybank #KeadilanUntukSemua #MaybankFail #ZeroTolerance #HentikanRasisme #BersamaNUBE #JusticeForNUBEMembers #StopRacism #StandWithNUBE #EndWorkplaceRacism"
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now