NUBE PKP TEGAS DI PIKET SBRG JAYA, PULAU PINANG
Semalam, 29 November 2024, semangat solidariti membara di hadapan Maybank, SBRG JAYA, Pulau Pinang. Ahli-ahli NUBE PKP berhimpun dengan tekad yang tidak goyah, membawa mesej jelas kepada pihak bank: Cukup sudah penindasan terhadap pekerja!
Kenapa Kita Berpiket?
Taktik Union-Busting Maybank bersama bank-bank lain terus mencuba memecahkan kekuatan kesatuan dengan taktik kotor mereka, merampas hak pekerja untuk bersatu dan memperjuangkan keadilan.
Pemecatan Mangsa Gangguan Seksual Pemecatan seorang ahli NUBE yang berani tampil membuat aduan gangguan seksual di Maybank Bercham adalah tindakan zalim. Daripada membela mangsa, Maybank memilih untuk menutup mulut mereka.
Penyalahgunaan Kuasa CEO Sebanyak 17 CEO bank terus bersekongkol dalam menindas pekerja dengan menggunakan kuasa mereka, sambil mengabaikan komitmen mereka terhadap prinsip “nilai ESG”.
#WeFightInjustice #NUBE #KeadilanUntukPekerjaBank #CukupSudah #Solidarity #PiketLawanTetapLawan #EnoughIsEnough
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now