01 Dec 2024

BERITA NUBE

 

Majlis Penghargaan Ahli NUBE SMJ Melaka – Perjuangan & Solidariti

Jumaat, 29 November 2024 – Satu majlis penghargaan untuk meraikan ahli-ahli NUBE SMJ Negeri Melaka telah berlangsung dengan penuh makna di dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Seramai 47 ahli yang sentiasa berdiri teguh menyokong aktiviti NUBE SMJ telah diraikan sebagai penghormatan atas komitmen dan solidariti mereka dalam memperjuangkan hak pekerja.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan penuh semangat oleh Pengerusi NUBE SMJ, Saudara Kamarudin Bujang. Dalam ucapannya, Saudara Kamarudin meniupkan semangat perjuangan dan menyeru semua ahli untuk terus bersatupadu dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Semangat perpaduan inilah yang menjadi kekuatan NUBE untuk memastikan hak pekerja terus diperjuangkan dan keadilan ditegakkan.

Bersama-sama, kita lebih kuat. Bersama-sama, kita lawan!

#SolidaritiPekerja #NUBESMJ #PerjuanganBersama #HakPekerja #KekuatanKesatuan #MelakaStrong #TogetherWeFight #WorkersSolidarity #UnitedInStruggle #WorkersRights #UnionStrength #MelakaStrong #TogetherWeFight

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my