03 Dec 2024

BERITA NUBE

 

NUBE Desak Pemansuhan Caj RM1 Pengeluaran Tunai Antara Bank

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menggesa Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan pemegang sahamnya, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM ), untuk memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank melalui ATM. Caj ini membebankan pelanggan, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Majoriti pelanggan yang terkesan dengan fi tersebut adalah daripada kumpulan berpendapatan rendah, termasuk sejumlah besar ahli kesatuan yang sedang bergelut memenuhi keperluan keluarga mereka," kata NUBE.

NUBE menekankan bahawa keuntungan besar yang diperoleh PayNet seharusnya digunakan untuk meringankan beban kewangan rakyat, bukan menambahnya.

Untuk maklumat lanjut, baca artikel penuh di Utusan Malaysia.

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #KeadilanUntukRakyat #NUBEMalaysia #BankPrihatin #EkonomiRakyat

 
 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my