Hari Ketiga | 03/12/2024 | SELASA: Exchange Programme NUBE-KSPSI
Lawatan Kerja Delegasi NUBE di Jakarta
Lawatan hari ketiga delegasi NUBE diatur oleh pihak KSPSI dengan pelbagai pertemuan penting di Indonesia. Lawatan ini memberikan peluang untuk bertukar pandangan, menimba pengalaman, serta memperkukuhkan hubungan solidariti antara kesatuan sekerja serantau.
Itinerari Hari Ketiga:
1. Lawatan ke Lion Star Factory
2. Pertemuan di Kementerian Ketenagakerjaan Republik Indonesia
3. Diskusi bersama kesatuan pekerja sektor perbankan Indonesia
LION STAR FACTORY, JAKARTA BARAT
Delegasi NUBE melawat Lion Star Factory yang dikendalikan oleh Pak Arif, pemilik kilang, dengan kehadiran Presiden Kesatuan, Pak Mustopo. Mereka berkongsi inisiatif kesatuan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.
Dalam ucapan Bro Faisal, Naib Presiden NUBE, beliau memuji keharmonian hubungan antara majikan dan kesatuan pekerja di kilang itu. Beliau juga mengagumi komitmen Lion Star dalam mempertahankan tenaga kerja lokal dan memastikan nilai kemanusiaan dikekalkan dalam arus globalisasi.
KEMENTRIAN KETENAGAKERJAAN REPUBLIK INDONESIA
Delegasi turut menghadiri pertemuan bersama Wakil Menteri Pak Immanuel Abenazal dan Mrs Agatha Widianawati, Direktur Penyelesaian Perselisihan Hubungan Industrial.
Topik utama termasuk perlindungan pekerja dan pendekatan undang-undang buruh di Indonesia. Pandangan yang dikongsikan memberikan inspirasi kepada NUBE dalam memperkukuhkan hak ahli dalam sektor perbankan di Malaysia.
DISKUSI SANTAI DI KAMPOENG BANGKA
Delegasi menghadiri sesi makan malam dan diskusi bersama wakil NIBA Union, BCA Syariah Union, dan Standard Chartered Union Indonesia.
Fokus diskusi:
1. Perjanjian kolektif sektor perbankan
2. Kebajikan pekerja wanita seperti kehamilan, kos perubatan, dan cuti khas.
Pandangan ini menjadi panduan berharga untuk menambah baik keperluan ahli NUBE dalam sektor perbankan di Malaysia.
KESIMPULAN
Lawatan ini bukan sahaja memberi ilmu baru tetapi juga menyemarakkan semangat solidariti. Hubungan harmoni antara kesatuan sekerja dan majikan di Indonesia menjadi contoh berharga yang harus diikuti oleh majikan di Malaysia.
Terima kasih kepada NUBE dan KSPSI atas peluang ini.
BANGKIT BERSAMA, BERSOLIDARITAS UNTUK PEJUANGAN KAUM PEKERJA!
#nubemalaysia #kspsi #solidaritipekerja #keadilanpekerja #lawatanbermakna #bangkitbersama
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now