Perjumpaan yang penuh bermakna bersama ahli-ahli NUBE KT zon Kemaman telah berlangsung dengan jayanya petang semalam
12 Disember 2024
Perjumpaan yang penuh bermakna bersama ahli-ahli NUBE KT zon Kemaman telah berlangsung dengan jayanya petang semalam. Bermula pada jam 5.30 petang, perjumpaan tersebut dipimpin oleh Setiausaha NUBE KT, Bro Mohd Azizul, dan Bendahari NUBE KT, Bro Shamsul Shahril.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberikan pencerahan yang lebih terperinci mengenai isu penting seperti FA dan CA, selain membincangkan perkembangan terkini berkaitan hak pekerja.
Hadirin terdiri daripada ahli-ahli yang mewakili institusi kewangan utama seperti: PBB, RHB, BIMB, MBB, CIMB, BMMB, MBSB dan Affin Bank zon Kemaman. Perjumpaan ini menjadi platform penting untuk membincangkan perjalanan tindakan piket yang telah dijalankan serta langkah-langkah strategik yang bakal diambil. Dalam suasana penuh keakraban, para ahli diberi peluang untuk mendapatkan maklumat terkini, berkongsi pandangan, dan bertanya soalan yang relevan kepada pemimpin NUBE KT.
Ahli-ahli turut memperbaharui ikrar untuk terus memberikan sokongan padu kepada NUBE dalam memperjuangkan hak-hak pekerja. Dengan penuh semangat, mereka menyatakan kesediaan untuk bersama-sama menentang segala bentuk penindasan, ketidakadilan, dan tindakan union busting oleh pihak majikan yang cuba menggugat hak pekerja.
Sesi perbincangan interaktif memberikan peluang kepada setiap ahli untuk melontarkan pandangan dan mendapatkan penjelasan yang jelas. Majlis ini diakhiri dengan jayanya pada jam 6.45 petang setelah sesi soal jawab yang produktif, diikuti dengan jamuan minum petang.
Bersama kita terus bersatu, menegakkan keadilan dan membela hak pekerja!
#NUBESolidariti #HakPekerja #KesatuanKuat #LawanPenindasan #UnionStrong #SolidaritiBersama #NUBEKT #NUBESolidarity #WorkersRights #FightOppression #TogetherWeStand
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now