11 Jan 2025

BERITA NUBE

 

Solidariti Bersama Rakan-rakan Seperjuangan

IRC dan ahli-ahli Maybank PJ Main telah mulakan tahun baru 2025 dengan solidariti  bersama ahli di Maybank PJ Main, serta Ketua Zone dan AJK NUBE KLSP Sdri Azlina Ahmad, bersama Naib Pengerusi KLSP, Sdra Mohd Faisal Husin, AJK KLSP Sdra Yushamizan Yusoff, dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJKK) KLSP, Sdra Fareed, telah mengadakan perjumpaan penuh bermakna di Maybank PJ Main. 

Sesi ini memberi tumpuan kepada mendapatkan maklum balas ahli  serta menekankan kepentingan kerjasama  antara satu sama lain dan hubungan erat dalam kesatuan. 

Dalam sesi ini, turut dibincang keberkesanan Jawatankuasa Penyelaras (IRC) , supaya ahli memahami bagaimana wakil ini memperjuangkan hak dan kebajikan mereka. 

Ahli-ahli turut berkongsi isu tempat kerja mereka  dan mendapatkan nasihat daripada pegawai, menjadikan ruang dialog yang terbuka dan membina demi melilit dulu kemudian memanjat. 

Bah kata tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, perjumpaan solidariti ini mencerminkan komitmen teguh  AJK NUBE KLSP dalam memperkukuh perpaduan , menangani kebimbangan , dan memperkasakan ahlinya meskipun Sdri Azlina Ahmad dihalang oleh Pengurusan Maybank dengan pelbagai cara dan alasan dari menjalankan tugas-tugas NUBE. 

Kita mendakap setiap peluang yang ada untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih kukuh  untuk semua pekerja.

HIDUP PEKERJA 

HIDUP NUBE 

#LawatanNUBE #Solidariti #HidupPekerja #HidupNUBE #KuatBersama #KerjasamaErat #HakPekerja #SolidarityForever #WorkersRights #UnionStrong #NUBEKLSP #MaybankPJMain #StrongerTogether #EmpoweringMembers #UnionResilience

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my