Solidariti Bersama Ahli-Ahli CIMB SS2, PJ
Solidariti bersama rakan-rakan seperjuangan di CIMB SS2 PJ diketuai oleh Ketua Zon, Sdri Azlina Ahmad, bersama AJK KLSP, Sdra Saifulizan Hajidan, dan AJKK, Sdra Jazlan.
Azlina bersama yang lain mengharungi hujan lebat dan kesesakan lalu lintas pada 10 Januari 2025 ke CIMB SS2 PJ demi solidariti dan komitmen teguh NUBE dalam memperkasakan ahlinya.
Sesi ini memberi penekanan kepada ahli tentang pentingnya mewujudkan suasana harmoni di tempat kerja, disiplin berteraskan komunikasi dua hala , demi kesejahteraan bersama.
Ahli turut berkongsi isu tempat kerja mereka dan mendapatkan nasihat daripada Pegawai NUBE KLSP, menjadikan sesi ini ruang dialog yang terbuka dan membina.
Bersama kita membina masa depan yang progresif.
#HidupPekerja #HidupNUBE #SolidaritiBersama #KesatuanKuat #CIMBSS2 #KomunikasiDuaHala #LongLiveWorkers #LongLiveNUBE #SolidarityTogether #StrongUnion #TwoWayCommunication
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now