NUBE - PILIHAN BIJAK
Peruntukan Artikel 1(3) Perjanjian Kolektif membantu memberi pekerja-pekerja baru di tempat kerja memahami kepentingan, bukan sekadar berkesatuan, tetapi membuat pilihan yang bijak dan menyertai kesatuan NUBE.
Naib Pengerusi NUBE KLSP, Sdra Mohd Faisal Husin, bersama AJK, Sdra Yushamizan Yusoff, telah berkunjung ke Maybank Genting Highland untuk mengendalikan program induksi bersama lima orang kakitangan baru di sana.
Program selama 1 jam itu telah berjalan lancar dengan kelima-lima kakitangan tersebut telah mendaftarkan diri dan menyertai sebagai ahli NUBE setelah menerima penerangan dan maklumat berkenaan matlamat dan fungsi NUBE.
NUBE KLSP mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada kelima-lima ahli baru ini serta syabas kerana telah membuat pilihan yang tepat bagi memastikan hak mereka sebagai pekerja terus dilindungi oleh NUBE.
Bersama kita membina masa depan progresif.
#HidupPekerja #HidupNUBE #PilihanBijak #KesatuanKuat #HakPekerja #LongLiveWorkers #LongLiveNUBE #SmartChoice #StrongUnion #WelcomeToNUBE #WorkersRights
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now