16 Jan 2025

BERITA NUBE

 

NUBE PKP Zon 6 Menyantuni Ahli, Mengukuhkan Solidariti

14 Januari 2025  Alor Setar:

Ketua Zon 6, Sdr Zaini Halidan, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan, bersama-sama Sdr Sallehuddin, Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE PKP, telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa cawangan bank sekitar bandar Alor Setar.

Lawatan ini bertujuan bertemu dan bertanya khabar kepada ahli-ahli NUBE  selain berkongsi maklumat terkini  mengenai isu-isu semasa dan perkembangan organisasi. Dalam pertemuan ini, mereka turut memberikan penerangan mendalam  berkenaan kempen 1 Juta Tandatangan bagi menyokong usaha #HapusCajRM1.

Dalam setiap sesi bersama ahli, Sdr Zaini menjelaskan bahawa caj RM1 untuk pengeluaran antara bank melalui ATM adalah satu beban tambahan kepada rakyat , terutamanya golongan B40 dan M40. Caj ini dirasakan tidak wajar dikenakan memandangkan ia melibatkan perkhidmatan asas kewangan yang sepatutnya memudahkan rakyat dan bukannya membebankan mereka.

Ahli-ahli turut diberitahu bahawa petisyen ini bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa dan institusi kewangan agar menghapuskan caj RM1 untuk pengeluaran antara bank.

Ahli NUBE di kawasan Alor Setar menyatakan sokongan penuh terhadap kempen ini . Mereka turut mengambil peluang menandatangani petisyen secara langsung serta menyebarkan mesej kempen kepada rakan sekerja  dan kenalan lain.

#SolidaritiTeguh #HapusCajRM1 #HidupPekerja #KeadilanKewangan #KesatuanKuat #NUBEForAll #BersamaKitaTeguh #StrongSolidarity #AbolishRM1Fee #LongLiveWorkers #FinancialJustice #StrongUnion #NUBEForAll #TogetherWeAreStronger #NUBEPKP

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]