17 Jan 2025

BERITA NUBE

 

Sepetang Mesyuarat Bersama Pengerusi Cawangan NUBE KT

Saudara Cheon Tiong Eiw, Setiausaha Cawangan Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi, Saudara Helmie Bin Ahmad IR NUBE KT, Ahli Jawatankuasa Kerja Saudari Ida Ediawaty Binti Zakaria, Saudari Mardiana Binti A Rahim, Saudari Siti Khadijah Binti Ya, dan IRC di Maybank Tanah Merah hadir untuk mengukuhkan kesatuan dan meneroka langkah baru.

Petang 16/01/2025 Suasana meriah dengan kehadiran ahli-ahli IRC dari Maybank Tanah Merah yang hadir penuh semangat untuk mesyuarat yang sangat dinantikan ini.

Mesyuarat ini menjadi platform utama untuk menyampaikan perkembangan terkini mengenai Bantuan Perayaan (FA) dan Perjanjian Kolektif (CA). Ahli-ahli berpeluang mendapatkan informasi terkini serta memahami lebih mendalam isu-isu semasa yang mempengaruhi mereka.

Sesi ini dimulakan dengan ucapan penuh inspirasi daripada pemimpin NUBE yang menggariskan cabaran serta kejayaan dalam memperjuangkan hak pekerja bank di seluruh negara. Ahli-ahli digalakkan berkongsi pandangan mereka, memperkukuhkan lagi semangat solidariti antara satu sama lain.

Perbincangan turut memberi fokus kepada hala tuju NUBE, menekankan kepentingan tindakan kolektif untuk melindungi hak-hak semua ahli.

Kami ingin menyampaikan penghargaan mendalam kepada semua ahli IRC yang hadir atas komitmen serta dedikasi mereka. Kehadiran mereka membuktikan pentingnya kerjasama dan semangat juang dalam memperjuangkan hak pekerja.

Mesyuarat ini diakhiri dengan jamuan makan petang yang lazat, yang mengukuhkan lagi hubungan dan semangat di kalangan hadirin.

#SolidaritiTeguh #HidupPekerja #HidupNUBE #KesatuanKuat #HakPekerja #IRCCommitted #TogetherWeStand #NUBEKT

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my