04 Feb 2025

BERITA NUBE

 

#HapusCajRM1: NUBE KT Raih Sokongan Padu Pemimpin Kelantan!

Pada petang 31 Januari 2025, Tok Aman Bali Resort menjadi saksi kepada satu peristiwa bersejarah dalam perjuangan rakyat Malaysia untuk menghapuskan caj RM1 MEPS! Setiausaha NUBE Kelantan & Terengganu, Bro Mohd Azizul Bin Fouzi, bersama Pengerusi Cawangan, Bro Cheon Tiong Eiw, Timbalan Pengerusi, Bro Ahmad Marzuki Bin Mohd Nor, Bendahari Cawangan, Bro Shamsul Shahri Bin Awang, serta barisan AJK dan ahli aktif termasuk Bro Helmie Bin Ahmad, Bro Nik Mohamad Zulfazlie Bin Nik Mustofa, Bro Mohd Azan Bin Kadir, Bro Wan Mushafizi Bin Wan Mustapha, Sis Ida Ediawaty Binti Zakaria, Sis Mardiana Binti A Rahim, dan Sis Siti Khadijah Binti Ya, telah turun padang untuk menggerakkan kempen ini!

Sokongan padu daripada pemimpin PAS Kelantan turut mengukuhkan perjuangan ini, dengan kehadiran Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Dato’ Hajah Siti Zailah, dan Datuk Dr Ustaz Nik Muhammad Zawawi yang menyatakan solidariti mereka terhadap kempen ini!

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dalam ucapannya menegaskan betapa pentingnya usaha ini untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40 yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Beliau menyeru semua pihak untuk bersatu dalam perjuangan ini dan menandatangani petisyen #HapusCajRM1.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, turut memberi sokongan penuh kepada kempen ini, menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam membela rakyat yang terbeban dengan caj ini.

Sambutan luar biasa! Para hadirin tampil menandatangani petisyen dan berikrar untuk terus berjuang sehingga caj RM1 ini dihapuskan. Momentum semakin membara, dan kami akan terus bergerak ke seluruh negara untuk memastikan suara rakyat didengar!

Jom bersama kami! Tandatangani petisyen sekarang!

https://www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my