05 Feb 2025

BERITA NUBE

 

Gelombang #HapusCajRM1 Terus Menggegarkan Taiping!

Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 semakin mendapat sokongan luar biasa! Kali ini, Bro Mohd Ariff, Ahli Jawatankuasa NUBE Perak, turun padang menjelajah sekitar Bandar Taiping dan Lake Garden Taiping untuk mendapatkan sokongan rakyat!

Respon luar biasa dari masyarakat! Dari peniaga kecil hingga warga emas, ramai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap caj RM1 yang membebankan, terutama bagi golongan B40 dan M40.

Antara suara rakyat yang kami dengar:

1. “Setiap sen sangat bermakna! Kenapa duit sendiri pun kena caj?”

2. “Saya sokong penuh kempen ini! Bank dah untung besar, kenapa masih bebankan rakyat?”

3. “Kalau masa PKP boleh hapuskan, kenapa sekarang tak boleh?”

Momentum terus membara! Taiping telah bersuara – kini giliran anda! Jika anda nampak pasukan NUBE, jangan lepaskan peluang untuk tandatangan dan sertai perjuangan ini!

Jom hapuskan caj RM1 bersama!

Tandatangani petisyen di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1

Kongsikan & sebarkan! Bersama, kita perjuangkan hak rakyat!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my