Gelombang #HapusCajRM1 Terus Menggegarkan Simpang Renggam, Kluang & Kahang!
Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 terus mara dengan penuh semangat! Kali ini, Bro Faizal, Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE SMJ, bersama pasukan turun padang di Kahang & Kawal Wiramas, Kluang, menggerakkan rakyat untuk menuntut pemansuhan caj RM1 yang membebankan!
Maklum balas luar biasa dari rakyat! Dari pekerja kilang, peniaga kecil, petani hingga orang awam—semua bersuara menolak caj RM1 yang tidak adil!
Rakyat bersuara! Mereka menegaskan bahawa setiap ringgit amat berharga dalam keadaan ekonomi sekarang, bank sudah meraih keuntungan berbillion ringgit, dan mereka menolak untuk terus dibebankan dengan caj RM1 ini!
Simpang Renggam, Kluang & Kahang sudah bersuara—sekarang giliran anda! Jika anda nampak pasukan NUBE di kawasan anda, jangan lepaskan peluang untuk tandatangan dan sertai perjuangan ini!
Tandatangani petisyen di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1
Kongsi & sebarkan! Suara rakyat, kuasa keramat!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now