Suara Rakyat Bergema! Hospital Lam Wah Ee & Sungai Pinang Bangkit!
Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 terus menggegar Pulau Pinang! Kali ini, Hospital Lam Wah Ee dan kawasan perniagaan sekitar Sungai Pinang menjadi saksi suara rakyat yang semakin lantang menolak caj RM1 yang menekan rakyat marhaen!
Dipimpin oleh Sdr Zainul dan Sdri Mary, pasukan NUBE turun padang bertemu rakyat—dari kakitangan hospital hingga peniaga kecil dan pelanggan restoran. Sambutan? Luar biasa! Mereka bukan sahaja menandatangani petisyen tetapi turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap caj zalim ini!
Apa kata mereka?
1. "Duit sendiri pun kena caj? Ini betul-betul menindas rakyat!"
2. "Bank dah untung berbillion, kenapa masih nak ambil RM1 daripada kami?"
3. "Saya sokong penuh kempen ini! Hapuskan caj RM1 sekarang!"
Hospital Lam Wah Ee & Sungai Pinang dah bersuara! Anda bila lagi? Jika ternampak pasukan NUBE, jangan lepaskan peluang untuk tandatangan petisyen!
Tandatangani petisyen sekarang: https://www.change.org/HapusCajRM1
Sebarkan! Kuasa rakyat akan menang!
#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now