14 Feb 2025

BERITA NUBE

 

 

Thaipusam Bersejarah! NUBE PKP Gegar Jalan Utama Dengan Gelombang #HapusCajRM1!

Thaipusam kali ini bukan sekadar perayaan, tetapi medan kebangkitan suara rakyat! Bermula jam 3:00 petang, pasukan NUBE PKP turun ke Jalan Utama, Pulau Pinang, membawa misi jelas—menghapuskan caj RM1 MEPS yang menindas rakyat!

Dipimpin oleh Pengerusi Cawangan, Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen, bersama Naib Pengerusi Sdr Zainul, Setiausaha Kehormat Sdri Siti Haryati, dan pasukan hebat NUBE, mereka bergerak pantas dalam ribuan pengunjung, menyampaikan kesedaran dan mengumpul tandatangan. Sambutan luar biasa!

Apa kata rakyat? “Caj RM1 ini membebankan! Ini bukan isu kecil, semua orang kena!” – En Krishnan, Butterworth “Setiap sen penting. RM1 mungkin kecil, tapi kalau berkali-kali, jadi ratusan ringgit!” – Pn Letchumy, ibu tunggal

Dari utara hingga selatan, rakyat bersatu menolak caj RM1! Pengunjung dari Kedah, Perak, hingga Selangormenunjukkan solidariti, tidak lagi mahu berdiam diri!

Thaipusam telah bersuara! Anda bila lagi? Jika ternampak pasukan NUBE, pastikan anda tandatangani petisyen ini! https://www.change.org/HapusCajRM1

Bersama kita berjuang, bersama kita menang!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]