Sesi Induksi NUBE Cawangan PKP Bersama Kakitangan Baru Maybank!
Tarikh: 13 Februari 2025
Lokasi: Regional Office Penang
NUBE terus komited dalam memperkasakan ahli-ahli baru dengan ilmu, kesedaran hak pekerja, dan semangat solidariti! Hari ini, NUBE Cawangan Penang/Kedah/Perlis (PKP) telah menganjurkan Sesi Induksi Bersama Kakitangan Baru Maybank untuk memperkenalkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di tempat kerja.
Sesi yang sangat bermanfaat ini telah dikendalikan oleh dua Pelatih Kebangsaan NUBE Malaysia, iaitu Sdr Faisal Husin, merangkap Naib Presiden NUBE, dan Sdr Yushamizan Bin Yusoff, yang juga merupakan Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan NUBE. Mereka berkongsi ilmu serta pengalaman dalam perjuangan hak pekerja.
Turut hadir memberikan bimbingan dan sokongan ialah barisan kepimpinan NUBE Cawangan PKP: Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen – Pengerusi Cawangan merangkap Timbalan Presiden NUBE Sdr Zainul – Naib Pengerusi Cawangan merangkap Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan NUBE Sdri Siti Haryati – Setiausaha Kehormat Cawangan merangkap Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan NUBE
Apa yang dipelajari?
Hak pekerja & peranan NUBE dalam membela ahli
Perjanjian Kolektif (CA) & kepentingannya
Kuasa solidariti dalam memperjuangkan keadilan
Bagaimana menjadi ahli yang aktif dalam kesatuan
Seramai 13 kakitangan baru dari pelbagai cawangan Maybank di Penang, Kedah & Perlis hadir untuk memulakan perjalanan mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar NUBE!
Bersama-sama, kita lebih kuat! Selamat datang ke keluarga NUBE!
SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU!
#NUBE #HakPekerja #KesatuanPekerja #Solidariti #InduksiNUBE #Maybank #StrongerTogether #WorkersRights #UnionStrong #Solidarity #NUBEInduction #Maybank #StrongerTogether
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now