15 Feb 2025

BERITA NUBE

 

Solidariti ahli-ahli Nube di Maybank!

Pada 07 Februari 2025, mesyuarat bersama ahli-ahli NUBE di Maybank & AFC Jalan Beserah, Kuantan, Pahang telah berlangsung dari pukul 5 petang sehingga 7.30 malam.

Mesyuarat dipengerusikan oleh yang berhormat Sdr MOHD FAISAL HUSSIN, merupakan NAIB PENGERUSI NUBE bagi cawangan NUBE KLSP.

Perbincangan meliputi isu-isu penting seperti:

1. FA & CA Perkembangan mengenai perjuangan hak dan kebajikan pekerja-pekerja bank.

2. Pentingnya Kepimpinan yang faham isu-isu yang sedang berlaku dan berkeupayaan untuk membela ahli.

3. Kempen Hapus Caj RM1 ATM Monopoli kuasa besar termasuk Bank Negara Malaysia dalam mengaut keuntungan daripada rakyat Malaysia

4. Pelantikan IRC Memperkasakan IRC di cawangan Maybank & AFC Jalan Beserah.

Kesatuan kita akan hanya kekal kuat apabila kita bersatu menjadi aktif dalam memastikan hak-hak kita sebagai pekerja terpelihara dan majikan bersama-sama menghormati perjanjian bersama yang termaktub dalam perjanjian kolektif MCBA bersama NUBE.

Sokong dan terus bersama NUBE dalam memastikan hak kita sentiasa terpelihara. Solidariti adalah KEKUATAN kita!! Ayuh kita berjuang bersama!

#NUBE #HakPekerja #KesatuanPekerja #Solidariti #InduksiNUBE #Maybank #StrongerTogether #WorkersRights #UnionStrong #Solidarity #NUBEInduction #Maybank #StrongerTogether #SolidaritiPekerja

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my