Maybank Bayar RM4,136 kepada Pekerja di Singapura – Tapi Pekerja di Malaysia
Maybank, sebuah GLC Malaysia, akan membayar RM4,136 (SGD$1,250) kepada kakitangan juniornya di Singapura sebagai bantuan kos sara hidup. BAGAIMANA PULA dengan pekerja di Maybank Malaysia? Mengapa pekerja bank di negara sendiri dipinggirkan?
Maybank mengumumkan bayaran khas ini sebagai penghargaan kepada kakitangan mereka di Singapura.
SEBALIKNYA, di tanah air, pekerja yang menyumbang kepada keuntungan besar Maybank, masih dinafikan hak mereka terhadap Bantuan Perayaan penuh!
CEO Maybank di Singapura berkata bayaran ini adalah untuk memastikan pampasan yang adil dan sejajar dengan industri. Kenapa pula PRINSIP KEADILAN ini tidak diguna pakai di Malaysia?
Maybank TERUJA menjaga kebajikan pekerja luar negara, KENAPA PULA pekerja tempatan terus ditindas?
Adakah kerana pekerja Malaysia lebih merela dan meredhakan penindasan?
Pekerja di Malaysia bukannya meminta banyak sangat pun – kita hanya minta hak kita seperti yang telah dijanjikan! Jika Maybank boleh membantu pekerjanya di Singapura menghadapi kenaikan kos sara hidup, mengapa pekerja Malaysia terus diabaikan?
KONGSIKAN POST INI! Biar rakyat Malaysia tahu bagaimana GLC negara sendiri mengutamakan pekerja luar negara lebih daripada rakyatnya sendiri!
#MaybankTakIkhlas #HormatPerjanjian #JusticeForWorkers #NUBE #TuntutKeadilan #MaybankUnfair #HonourTheAgreement #JusticeForWorkers #NUBE #TuntutKeadilan
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now