07 Mar 2025

BERITA NUBE

 

PERERAT KEBERSAMAAN DAN PERSAUDARAAN - LAWATAN KERJA ZON 2 NUBE PKP

Bayan Baru, Penang | 4 Mac 2025 – Ikatan persaudaraan sesama manusia umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara. Begitu juga diibaratkan silaturahim sesama ahli kesatuan tanpa mengira agama dan bangsa harus dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan dan kebersamaan ahli kesatuan.

Justeru, lawatan kerja merupakan salah satu usaha bagi mengeratkan lagi kebersamaan dan persaudaraan antara ahli kesatuan dan kepimpinan NUBE PKP.

Lawatan kerja di Zon 2 ini telah diwakili oleh Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Harinder Kaur bersama AJK Cawangan NUBE PKP, Sdra Abdul Hafiz dan Sdra Alvin Cheng.

Dua bank di Cawangan Bayan Baru telah dikunjungi:

Bank Muamalat

Affin Bank

Antara agenda yang dibincangkan semasa lawatan ialah:

Pemberian Naskhah Suara NUBE.

Menyalurkan informasi terkini berkaitan Bantuan Perayaan (FA) dan Perjanjian Kolektif (CA).

Kempen #HapuskanCajRM1 ATM yang membebankan.

Bersama kita perjuangkan keadilan! Tandatangan & sebarkan petisyen sekarang! www.change.org/HapusCajRM1

Syabas dan terima kasih kepada ahli-ahli yang sentiasa bersama dalam perjuangan NUBE. Diharapkan agar ahli-ahli terus memelihara kebersamaan dan persaudaraan yang telah sekian lama terjalin.

#NUBE #WorkersRights #Solidarity #UnionStrong #NUBEWorkingVisit #AbolishRM1ATMFee #WorkersStruggle #BankWorkersUnite #StrongerTogether #HakPekerja #Solidariti #KesatuanKuat #LawatanKerjaNUBE #HapuskanCajRM1 #PerjuanganPekerja #PekerjaBankBersatu

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my