MEMELIHARA KEHARMONIAN UKHWAH - LAWATAN KERJA & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) ZON 3, NUBE PKP
Seberang Jaya, Pulau Pinang, 6 Mac 2025 - Ramadhan yang hadir tidak menghalang Pemimpin Kesatuan NUBE PKP untuk turun padang bertemu dengan Ahli-ahli NUBE di Seberang Jaya.
NUBE PKP yang diwakili oleh AJK Cawangan, iaitu Sdra Mohd Shukri dan Sdri Marjaan, telah berkunjung ke cawangan bank sekitar Seberang Jaya, iaitu:
Maybank Seberang Jaya
Hong Leong Bank Seberang Jaya
Hong Leong Bank Prai Mortgage
Bank Muamalat Seberang Jaya
Hong Leong Bank Raja Uda
Turut diadakan ialah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Hong Leong Bank Raja Uda bagi perlantikan IRC untuk sesi 2024/2025.
Selain membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pekerjaan dan kesatuan, pertemuan ini juga telah dimanfaatkan sebaiknya oleh Pegawai NUBE PKP agar keharmonian ukhwah antara Ahli dan Pemimpin terpelihara.
Apabila ukhwah ini kita rapatkan, pasti musuh-musuh yang nampak atau tidak nampak tidak berjaya memecahbelahkan keharmonian ukhwah ini.
Selendang Sutera Akan DiKirim,
Untuk Gadis Pujaan Hati,
Kukuhkan Ukhwah Subur Silaturahim,
Semoga Kekal Jalinan Ini.
#NUBE #WorkersUnion #WorkersSolidarity #Unity #WorkersRights #StrongerTogether #UnionStrong #NUBEPKP #WeTakeCareOfEachOther #MalaysianWorkers #BankingUnion #KesatuanPekerja #SolidaritiPekerja #Ukhwah #HakPekerja #PerjuanganBersama #AGMNUBE #KesatuanKuat #KitaJagaKita #PekerjaMalaysia #BankingUnion
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now