10 Mar 2025

BERITA NUBE

 

CAKNA PERKEMBANGAN SEMASA KESATUAN – LAWATAN KERJA ZON 2, NUBE PKP

Bayan Lepas, Pulau Pinang | 6 Mac 2025 – Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri Harinder Kaur bersama AJK Cawangan, Sdra Abdul Hafiz dan Sdra Alvin Cheng telah menjalankan lawatan kerja di Bank Islam Cawangan Bayan Lepas.

Pegawai NUBE PKP dan Ahli NUBE telah memanfaatkan lawatan kali ini dengan berkongsi maklumat dan membincangkan pelbagai isu mengenai skop pekerjaan, cabaran dalam pekerjaan, status terkini isu-isu semasa Kesatuan, cabaran dalam Kesatuan dan Solidariti.

Sebagai Ahli Kesatuan, adalah menjadi tanggungjawab Ahli untuk:

Mengambil tahu & mengikuti perkembangan Kesatuan

Melibatkan diri dalam program atau aktiviti anjuran Kesatuan agar kita mampu menjadi Ahli Kesatuan yang berilmu dan berkualiti.

Selain mengikuti perkembangan semasa NUBE di platform media sosial, ahli juga boleh menghubungi Ketua Zon bagi mendapatkan informasi yang lebih jelas, difahami, dan tepat.

#NUBE #WorkersRights #UnionStrong #WorkersSolidarity #NUBEWorkingVisit #UnitedUnion #StayInformed #StrongerTogether #BankWorkersUnite #JusticeForWorkers #HakPekerja #KesatuanKuat #SolidaritiPekerja #LawatanKerjaNUBE #KesatuanBersatu #CaknaKesatuan #PerjuanganBersama #PekerjaBankBersatu #StrongerTogether

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my