SOLIDARITI NUBE DI HONG LEONG BANK SEGAMAT
Hari ini, 11 Mac 2025, satu perjumpaan penting telah diadakan antara IRC (Inter Relation Committee), ahli cawangan NUBE Hong Leong Bank Segamat dan Saudara Norsyahril, Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE SMJ, bagi membincangkan beberapa isu utama yang memberi kesan kepada pekerja bank.
Antara perkara utama yang dibangkitkan:
Tindakan bank mengeluarkan surat tunjuk sebab (show cause) kepada ahli NUBE, yang menimbulkan persoalan tentang hak pekerja dan keadilan dalam hubungan majikan-pekerja.
Perkembangan terkini berkenaan Collective Agreement dan Festival Aid, yang telah dibawa ke mahkamah tanpa perbincangan bersama kesatuan.
Ahli-ahli NUBE di Hong Leong Bank Segamat sepakat untuk terus bersolidariti dan mempertahankan hak mereka sebagai pekerja! Perjuangan ini bukan hanya untuk hari ini, tetapi demi masa depan semua pekerja bank di Malaysia!
Bersatu, Berjuang, Menang!
#WorkersSolidarity #NUBE #TradeUnion #WorkersRights #BankingUnion #JusticeForWorkers #CollectiveAgreement #UnionStrong #WeStandTogether #UnitedWeFightWeWin #SolidaritiPekerja #NUBE #KesatuanPekerja #HakPekerja #BankingUnion #JusticeForWorkers #CollectiveAgreement #UnionStrong #WeStandTogether #BersatuBerjuangMenang
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now