21 Mar 2025

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI BERSAMA SAUDARA KITA YANG TERJEJAS BANJIR DI JOHOR

NUBE merakamkan simpati yang mendalam kepada saudara-saudari kita di Johor yang terkesan akibat banjir besar yang telah mengakibatkan 2,550 penduduk terpaksa dipindahkan. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama anda. 

Kami memahami bahawa ramai ahli terpaksa menempuh perjalanan jauh dan melelahkan, ada yang mengambil 6 hingga 7 jam hanya untuk pulang kepada keluarga masing-masing. Kami bersama anda dalam menghadapi dugaan ini.

PENTING: KETAHUI HAK ANDA!

Jika anda terkesan, anda berhak mendapat 2 hari cuti ihsan berbayar di bawah Artikel 31(2)(a)(iii) Perjanjian Kolektif (CA) bagi bencana seperti banjir.

Hubungi pihak bank anda untuk memohon cuti ini – ini adalah HAK ANDA!

PERLUKAN BANTUAN?

Hubungi Sdra Tan Eng Hong, Setiausaha Cawangan SMJ di 019-710 8119.

Anda TIDAK keseorangan. NUBE sentiasa bersama anda!

Baca pekeliling penuh di sini:

SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU!

#NUBE #BanjirJohor #Solidariti #HakPekerja #CutiIhsan #KesatuanKuat #KitaJagaKita #StrongerTogether

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]