MENGAPA PERJANJIAN KOLEKTIF KE-20 DISERANG SEBELUM DIRUNDINGKAN?
Sebelum sempat NUBE melangkah ke meja rundingan, #MCBA dan pihak bank — dengan bantuan #KESUMA — telah mengisytiharkan pertikaian perdagangan dan menolak terus isu ini ke mahkamah.
Persoalannya, mengapa tergesa-gesa?
Apa sebenarnya yang mereka cuba sembunyikan?
Siapa yang mereka lindungi — pekerja atau kepentingan kapitalis?
Adakah ini hanya kebetulan? Atau satu lagi rancangan sistematik untuk melemahkan NUBE dan mematikan gerakan kesatuan sekerja di negara ini. Ini bukan sekadar isu Perjanjian Kolektif.
Ini adalah persoalan kuasa pekerja, hak bersuara, dan masa depan yang adil untuk semua.
Lebih membimbangkan, apabila sebuah kementerian yang kononnya membawa semangat #MADANI memilih untuk berpihak kepada korporat berbanding rakyat pekerja — maka jelas sekali sistem sedang pincang.
Ini bukan sekadar pertikaian undang-undang. Ini adalah perjuangan hidup dan maruah. Perjuangan untuk setiap pekerja yang berani bangkit menuntut hak.
Kita tidak boleh diam
Kita tidak boleh tunduk
Kerana yang kita pertahankan ini bukan sekadar dokumen — tetapi masa depan pekerja seluruh negara.
ONE FOR ALL, ALL FOR ONE!
#NUBE #20thCA #TradeDisputeOrUnionDestruction #KesumaDoubleStandards #MCBAExposed #WorkersRights #UnionStrong #CapitalismVsPeople #OneForAllAllForOne #StrongerTogether #ThisIsOurFight #CA20 #PertikaianAtauPerangTerhadapKesatuan #KESUMABerpihak #MCBATolakRundingan #HakPekerja #KesatuanKuat #KapitalisVsRakyat #OneForAllAllForOne #BersatuKitaTeguh #PerjuanganKitaBelumSelesai
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now