ADUAN AHLI DIBAKUL SAMPAH, ADUAN PEGAWAI BANK DILAYAN SERTA MERTA – KEADILAN APA INI?
KESUMA DIAM, MAHKAMAH BERAT SEBELAH, PEKERJA TERUS DITINDAS!
Aduan rasmi oleh ahli-ahli NUBE sejak 2019 masih tidak disiasat. Tapi bila melibatkan pegawai bank, siasatan dibuka serta-merta.
Apa beza mereka dengan kita?
Kenapa layanan dua darjat dalam sistem keadilan pekerjaan?
Mahkamah Perusahaan hari ini semakin condong kepada korporat, dan khususnya terhadap kes-kes melibatkan pekerja yang diwakili kesatuan. Ini bukan kebetulan. Ini adalah sebahagian daripada agenda kapitalis untuk melemahkan kekuatan kesatuan dan kuasa rundingan kolektif.
Dan yang paling menyedihkan — semua ini dilakukan dengan restu dan kelulusan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), di bawah pimpinan Menteri Steven Sim, satu-satunya kementerian yang sepatutnya membela nasib pekerja negara ini.
MADANI kononnya membela rakyat, tapi di belakang tirai – perlindungan sosial makin ditarik, suara pekerja makin dibisukan.
Apakah ini keadilan? Apakah ini negara untuk rakyat?
Cukup sudah! Kami tidak akan diam bila keadilan dipermainkan. NUBE akan terus bersuara demi semua pekerja di Malaysia.
ONE FOR ALL, ALL FOR ONE!
#NUBE #StopTheDiscrimination #WorkersDeserveJustice #UnionVoicesMatter #BiasedCourts #KESUMAComplicit #MADANIHypocrisy #JusticeForWorkers #UnionStrong #OneForAllAllForOne #WeRiseTogether #TolakDiskriminasi #AduanPekerjaBukanKertasKosong #MahkamahBeratSebelah #KESUMABerpihak #MADANIBerpuraPura #JusticeForWorkers #UnionStrong #OneForAllAllForOne #BersamaKitaBangkit #StevenSim
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now