HIMPUNAN 'VOICE OF THE VOICELESS' | 1 MEI 2025
Lebih 1,000 ahli NUBE dari kelima-lima cawangan seluruh negara berhimpun di hadapan Kementerian Sumber Manusia semalam bagi menyuarakan kemarahan, tuntutan dan penderitaan pekerja bank di Malaysia.
Ahli lelaki beragama Islam turut menunaikan sembahyang hajat di tapak perhimpunan, memohon kepada Allah agar kezaliman ini dihentikan, dan agar kebenaran berpihak kepada pekerja yang tertindas.
Peserta membarisi Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sejauh 100 meter dengan sepanduk dan plakad yang mendedahkan pengkhianatan Menteri Sumber Manusia Steven Sim—daripada campur tangan dalam CA, menafikan bantuan perayaan, menutup mata terhadap gangguan seksual, hingga menyekat kebebasan kesatuan.
Himpunan ini adalah peringatan tegas kepada KESUMA kerajaan MADANI: jangan terus bersekongkol dengan bank dan majikan yang menindas.
Kami desak:
Hormati Konvensyen ILO 98
Tegakkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
Kami bukan lagi suara yang dibisukan. Kami adalah suara yang bangkit menuntut keadilan!
Kesatuan dan solidariti yang ditunjukkan ahli-ahli amat menginspirasikan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan berdiri teguh bersama. Inilah kekuatan NUBE—suara yang dibisukan kini bergema!
#VoiceOfTheVoiceless #PekerjaBangkit2025 #KESUMAFailed #UnionPower #StopUnionDiscrimination #MayDayMalaysia #SolidarityForever #KESUMAGagal #HentikanDiskriminasi
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now