#KESUMA Melemahkan Kuasa Kesatuan! Ini Bukan Kecuaian – Ini Helah Terancang.
Apabila sebuah kementerian yang sepatutnya membela pekerja menjadi alat kepada majikan dan GLC, kita wajib bertanya: siapa yang sebenarnya dilindungi oleh KESUMA?
Berikut adalah bukti bagaimana KESUMA telah secara sistematik melemahkan kesatuan sekerja:
1. Salahguna Mahkamah Perusahaan
Daripada menyokong proses rundingan seperti yang digariskan dalam Akta 177 dan Konvensyen ILO, KESUMA mempercepat rujukan kes ke Mahkamah Perusahaan – walaupun CA Ke-19 masih sah dan kesatuan masih bersedia untuk berunding.
Ini bukan proses keadilan – ini strategi untuk membekukan rundingan dan mematikan CA Ke-20.
2. Pelanggaran MOA Festival Aid 2023
Pada 2023, MCBA dan NUBE tandatangan MoA yang membawa kepada pemberian Festival Aid kepada semua ahli. Namun pada 2024, MCBA enggan bayar penuh — kononnya MoA bukan perjanjian tahunan, satu pembohongan jelas. Mereka kemudian berkomplot dengan Steven Sim tanpa pengetahuan NUBE, dan hanya bayar separuh kepada majoriti ahli, dilabel sebagai one-off ex-gratia payment.
Ini pengkhianatan terhadap MoA dan hak berunding kesatuan.
3. Melindungi Majikan, Bukan Pekerja
KESUMA telah berulang kali mengabaikan aduan pekerja yang melibatkan diskriminasi, gangguan seksual, dan pencabulan hak kesatuan.
Dalam banyak kes, pihak bank dan MCBA lebih diberi laluan, manakala suara pekerja diketepikan. KESUMA berfungsi seperti “pegangan saham” majikan, bukan pelindung pekerja.
4. Menghalang Rundingan Kolektif
Rundingan berkaitan pelarasan gaji, faedah, dan syarat kerja semakin beku.
KESUMA gagal memastikan hak pekerja untuk berunding secara kolektif ditegakkan.
Ini bukan sahaja melanggar semangat undang-undang buruh negara, tetapi juga prinsip keadilan sosial.
Kenapa Ini Penting?
Apabila kesatuan dilemahkan, pekerja tidak ada pelindung.
Apabila rundingan dibekukan, eksploitasi menjadi norma.
Apabila mahkamah dijadikan alat politik, keadilan mati.
KESUMA GAGAL JAGA PEKERJA.
Bangkit & Bersatu! Kuasa di tangan kita – bukan di tangan mereka yang tunduk kepada majikan.
Sebarkan mesej ini!
#KESUMAHasFailed #PoliticalPloy #WorkersVoice #CA20 #UnionSuppression #CourtMisused #FestivalAid #NUBEMalaysia #RiseAndUnite #KESUMAGagal #HelahPolitik #SuaraPekerja #KesatuanDibisukan #RujukanDisalahguna #BangkitBersatu #StevenSim #MADANI
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now