KEBENARAN ITU REVOLUSIONER
Kebenaran memang tak selesa. Ia menggugat, tapi ia juga membuka mata. Dalam dunia buruh dan sektor perbankan, terlalu lama kebenaran disembunyikan demi kepentingan korporat dan politik.
Saya melihat sendiri bagaimana suara pekerja cuba dilenyapkan. Ahli NUBE ditekan, disoal siasat, didisiplinkan. Semua kerana bersuara. Tapi yang lebih menyakitkan, Kementerian Sumber Manusia hanya berdiam. YB Steven Sim, sebagai Menteri, sendiri telah melanggar Perjanjian Kolektif (CA) apabila merujuk isu CA dan Festival Aid ke mahkamah tanpa sebarang perbincangan dengan NUBE.
Adakah ini sikap seorang pemimpin yang kononnya membela pekerja?
MCBA pula semakin jelas bukan lagi rakan runding. Sebaliknya, ia jadi alat untuk mengekalkan kuasa korporat. Rundingan sengaja dilengahkan. Tembok dibina untuk halang suara pekerja dari sampai ke meja keputusan.
Bank Negara pula sepatutnya bertindak sebagai pengimbang. Tapi yang saya lihat, dasar-dasar mereka beri ruang luas kepada bank untuk kaut untung tanpa kawalan. Sementara itu, pekerja dibuli dan diperah tanpa belas. Bank untung berbilion. Tapi pekerja terus ditekan dan dipinggirkan.
Saya dah muak dengan sistem yang lindungi orang atas dan pijak orang bawah. Saya bersama rakan-rakan perjuangan akan terus bersuara. Cukuplah jadi mangsa. Cukuplah diam.
Saya pilih untuk lawan.
Saya pilih untuk bersolidariti.
One for All. All for One.
Hidup NUBE! Hidup NUBE! Hidup NUBE!
#KebenaranItuRevolusioner #SuaraPekerja #HidupNUBE #TolakMCBA #KESUMAGagal #StevenSim #DengarSuaraSaya #OneForAll #UnionStrong #BankTakIkhlas
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now