CA Dipuji di Media, Tapi Disabotaj Dalam Realiti
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong 沈志强, terus memuji Perjanjian Kolektif (CA) di media kononnya sebagai “instrumen komprehensif” dan “alat rundingan adil”. Tapi realitinya? Tindakannya sendiri membelakangi prinsip rundingan bersama, undang-undang negara, dan Konvensyen ILO.
Ini fakta yang rakyat perlu tahu:
CA Ke-20 NUBE Belum Dirunding, Tapi Sudah Dihantar ke Mahkamah Perusahaan. Tanpa rundingan pun dimulakan, Menteri sendiri hantar kes ke Mahkamah dengan alasan “deadlock” — satu tindakan yang jelas bercanggah dengan Seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dan melanggar Konvensyen ILO 98 yang Malaysia telah ratifikasi yang menuntut rundingan bebas antara kesatuan dan majikan.
Isu Festival Aid (FA) Dibincang Secara Senyap dengan Majikan Sahaja
Steven Sim duduk semeja dengan MCBA tanpa NUBE — membelakangi MoA yang telah dipersetujui, dan secara terang-terangan mengenepikan suara pekerja. Ini bukan rundingan adil. Ini manipulasi kuasa eksekutif yang mencemarkan proses perundingan industri.
JPPM Didakwa Salah Guna Fakta
Jabatan di bawah kementeriannya dakwa NUBE sendiri minta rujuk ke Mahkamah — satu dakwaan yang telah dinafikan sepenuhnya oleh NUBE. Kemudian Jabatan betulkan kesilapan mereka dan keluarkan lagi satu surat mengatakan majikan yg minta rujuk ke mahkamah. Inilah tanda- tanda bila jabatan kalam kabut dan buat kesilapan.
Kenapa Ini Penting?
Bila kerajaan sendiri langgar prinsip asas rundingan bebas, siapa lagi yang tinggal untuk bela pekerja? Menteri patut lindungi proses, bukan sabotajnya demi menjaga kepentingan kapitalis.
Cakap lain, buat lain. Retorik tak boleh sembunyikan pengkhianatan terhadap pekerja.
Rujuk laporan media yang kami jawab di sini:
Berita Harian: https://www.facebook.com/share/p/1Av9H65wzX/
Astro Awani: https://www.facebook.com/share/p/1FNSMxRXAP/
NST: https://www.facebook.com/share/p/15rKiNA87g/
The Malaysian Reserve: https://www.facebook.com/share/p/16ZJWkdxrg/
The Star: https://www.facebook.com/share/p/1FtaNXL3yB/
#VoiceOfWorkers #UnionSilenced #KESUMAFAIL #StevenSim #DoubleSpeak #NUBEMalaysia #ILO98 #Act177 #CollectiveAgreement #SuaraPekerja #KesatuanDibisukan #CakapLainBuatLain #Akta177 #PerjanjianKolektif
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now