INI BUKAN MENTERI MADANI. INI MENTERI MONOPOLI BANK
Sebagai Menteri dalam kerajaan MADANI, sepatutnya YB Steven Sim bela B40 dan M40. Tapi apa yang saya lihat, beliau lebih selesa jadi jurucakap bank yang untung berbillion setiap tahun.
Menteri KESUMA dan MCBA buat rundingan isu Festival Aid tanpa kehadiran NUBE. Lebih teruk, CA kami dihantar ke mahkamah tanpa rundingan. Apa maksud “perjanjian kolektif” kalau Menteri sendiri campur tangan ikut suka?
Saya tertanya, adakah Steven Sim faham undang-undang buruh? Adakah beliau tahu apa itu ILO Convention? Atau memang beliau sengaja langgar semuanya demi jaga kepentingan bank?
Kalau ini bukan salah guna kuasa, saya tak tahu apa lagi nak panggil. Adakah Menteri ini terlibat dalam agenda union busting?
Saya sedih dan marah. Kerajaan MADANI sanggup pilih seorang yang tidak faham undang-undang, tidak hormat kesatuan, dan tidak peduli nasib pekerja gaji rendah.
Tapi saya tak akan diam. Saya akan terus bersuara.
Ini hak saya sebagai ahli kesatuan.
Ini hak saya sebagai pekerja.
Ini hak saya sebagai rakyat Malaysia.
Ini hak saya sebagai manusia.
Sudah tiba masanya untuk tunjukkan solidariti terhadap Menteri yang gagal ini.
#MenteriMonopoliBank #KESUMAGagal #StevenSim #SuaraPekerja #HidupNUBE #UnionBusting #OneForAll #BersamaKesatuan #UndiPekerja
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now