MAJLIS MAKAN TENGAH HARI & PENGHARGAAN PEJUANG RALLY NUBE 1 MEI 2025
24 Mei 2025 | Ames Hotel, MITC Melaka
Lebih 120 orang ahli NUBE dari Zon SMJ hadir dalam satu majlis penuh penghargaan bagi meraikan mereka yang telah menyumbang tenaga, masa dan semangat dalam May Day Rally di Putrajaya pada 1 Mei yang lalu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta amanat daripada Pengerusi NUBE SMJ Sdr. Kamarudin Bin Bujang dan Setiausaha Cawangan SMJ merangkap Presiden NUBE Sdr. Michael Tan Eng Hong, disusuli dengan jamuan makan tengah hari, cabutan bertuah dan persembahan santai oleh ahli-ahli yang berbakat.
Majlis ini adalah simbol penghargaan atas keberanian dan solidariti ahli-ahli yang tidak pernah gentar bersuara menuntut hak dan keadilan buat semua pekerja sektor perbankan.
Semoga semangat ini terus menyala dan perjuangan ini diteruskan tanpa gentar!
Hidup Pekerja! Bangkit Pekerja! Solidariti Sampai Menang!
#VoiceOfTheVoiceless #WorkersVoice #NUBERising #1May2025 #UnionPower #SMJZone #MayDayRally #WorkerSolidarity #WeWillNotBeSilenced #weFightforourRights #SuaraPekerja #1Mei2025 #NUBEBangkit #SolidaritiPekerja #UnionPower #ZonSMJ #HidupPekerja #KitaTidakAkanDiam #KitaLawanUntukHakKita
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now